Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Isnin, 3 Januari 2011

Sampaikan Dariku Walaupun Satu Ayat?

بسم الله, الحمد لله, و الصلاة و السلام على رسول الله, عما بعد,


بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Sesungguhnya Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (HR Bukhari)

Hadith di atas amat ma’ruf (dikenali) oleh kebanyakan dari kita. Kita biasa mendengar hadith ini di kuliah – kuliah, ceramah – ceramah, tazkirah – tazkirah dan sebagainya. Ana fikir, tidak akan ada mereka yang berfikiran waras yang akan menolak hadith ini yang sudah terang – terang Sohih mengikut disiplin ilmu para ulama hadith.

Tetapi apa yang sedikit dikesali oleh ana ialah penyalahgunaan hadith yang mulia tersebut dengan aktiviti – aktiviti yang tidak sepatutnya. Sebahagian manusia, melalui perkataan mereka tanpa mereka sedar atau tidak cuba mengaitkan perbuatan atau i’tiqad mereka yang salah kemudian menyebarkannya di kalangan masyarakat dengan berslogankan “بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - Sampaikan dariku walaupun satu ayat”. Sehinggakan perbuatan mereka yang sudah jelas menyelisihi sunnah dan bersumberkan dalil yang tidak sah pun mereka sebarkan. Padahal ianya amat bertentangan dengan perintah junjungan kita (Sollallahu ‘alaihi wa sallam).

Tidakkah mereka sedar, bahawa berbohong atas Nabi itu teramat besar dosanya? Padahal hadith di atas mempunyai sambungannya iaitu;

وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (tidak berdosa). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka sediakanlah tempat duduknya di neraka (HR Bukhari)"

Sebahagian mereka tidak segan silu menyampaikan kepada umum perkara yang mereka sendiri tidak ada ilmu tentangnya atau tidak pasti tentang kesahihannya, terutama tentang perkara yang berkaitan dengan agama. Berbicara sesuka hati tanpa meneliti terlebih dahulu kebenaran sesuatu dalil atau sumber.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِع

Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong apabila dia menceritakan semua yang dia dengarkan. (HR Muslim)

Apapun, di sini ana menasihati diri ana sendiri dan juga saudara seagama ana supaya lebih berhati – hati dalam menyampaikan perkara terutama yang berkait dengan agama kita. Janganlah terlalu ghairah untuk menyampaikan sehingga imej agama dilihat jelek kerana kita menyampaikan apa yang tidak benar tentang agama kita yang tercinta ini.


والله أعلم

2 ulasan:

  1. diantara sifat-sifat wajib para rasul alaihisalam ialah tabliq iaitu menyampaikan segala perintah Allah Swt, mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.

    BalasPadam
  2. diantara sifat-sifat wajib para rasul alaihisalam ialah tabliq iaitu menyampaikan segala perintah Allah Swt, mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.

    BalasPadam

Catatan Popular