Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Khamis, 24 Februari 2011

Pemerintah Yang Zalim VS Ahlus Sunnah

بسم الله, الحمد لله, و الصلاة و السلام على رسول الله, عما بعد,

Ana mendapat beberapa respon daripada sahabat - sahabat ana di pondok dan yang sama – sama belajar di sini mengenai tulisan ana yang lepas (Gulingkan Kerajaan). Ada yang menghantarkan mesej di laman sosial facebook menunjukkan keraguan mengenainya.

Di sini ana tampilkan beberapa kekeliruan yang yang terjadi mungkin berhasil daripada kesilapan pemahaman dari para sahabat yang disayangi ataupun kemungkinan besar kerana kelemahan ana dalam penulisan.

Ahlus Sunnah bukan para pengampu Kerajaan yang Zalim

Adalah silap besar apabila kita melarang menentang kerajaan melalui keganasan, kita terus dikatakan mengampu kerajaan.

ونحب أهل العدل والأمانة ونبغض أهل الجور والخيانة (متن العقيدة الطحاوية - أبو جعفر الطحاوي)

Kami mencintai orang – orang yang adil dan amanah dan kami membenci orang – orang yang jahat dan khianat. (Aqidah At-thohawiyyah – Abu Jaafar At-thohawiy)

Walaupun kita mencintai mereka yang adil dan amanah serta membenci mereka yang jahat dan khianat, tetapi kita tetap tidak boleh mendahului keinginan kita melebihi apa yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa jalla dan juga Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.

Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda;

سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا

"Akan datang para penguasa, kalian mengenal mereka namun kalian mengingkari (perbuatan mereka), siapa yang tahu (kemungkarannya) hendaklah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkari maka ia telah selamat. Akan tetapi bagi yang ridha dan mengikutinya? (Para sahabat langsung mencelah) "Bagaimana jika kita perangi saja mereka?" beliau (shollallahu ‘alaihi wa sallam) menjawab: "Tidak! Selama mereka masih shalat." (HR Muslim)

وَلَا نَرَى الْخُرُوجَ عَلَى أَئِمَّتِنَا وَوُلَاةِ أُمُورِنَا وَإِنْ جَارُوا، ( العقيدة الطحاوية - للإمام أبي جعفر أحمد بن محمد بن سلامة الأزدي الطحاوي(

Kami tidak membolehkan memberontak dari para imam serta ulul amri urusan kita sekalipun mereka berlaku zalim (menzalimi) (Aqidah at-thahawiyyah - Abu Jaafar at-thahawiy)

Kita sebagai rakyat, wajib mengikut kaedah yang telah termaktub dalam agama dan menolak segala yang bertentangan dengannya, walaupun ianya tidak sesuai dengan kehendak kita. Sesuai dengan janji firman Allah Azza wa jalla di dalam Surah An-Naazi’at bagi mereka yang menahan diri dari mengikut hawa nafsu dan tidak melanggar batas – batas agama;


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى(40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى (41)

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu (40) Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya (41)

Apapun tafsir Firman Allah Azza wa Jalla;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang – orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-NYA dan ulil amri diantara kamu. Maka jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah An-Nisa’ – ayat 59)

Menurut ahli tafsir, ketaatan di sini hanya total (mutlak) kepada Allah dan rasul kerana di dalam ayat di atas, perkataan (Taatlah - أَطِيعُوا) hanya diletakkan dihadapan perkataan Allah dan Rasul, tidak pada ulil amri. Ketaatan kepada ulil amri (Raja, presiden, ulama’dll) tidak mutlak melainkan jika perintah mereka itu sesuai dengan perintah Allah dan Rasul. Sesuai dengan kaedah yang dibuat oleh Imam At-thohawiy ;

وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَةِ اللَّهِ - عز وجل - فَرِيضَةً، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَةٍ (متن العقيدة الطحاوية - أبو جعفر الطحاوي)

Kami berpendapat bahawa taat kepada mereka adalah daripada taat kepada Allah Azza wa Jalla yang merupakan kewajiban, selagi mereka tidak memerintahkan kita melakukan kemaksiatan. (Aqidah At-thohawiyyah – Abu Jaafar At-thohawiy)

Demokrasi halal atau haram?

Ulama berbeza pendapat mengenai hukum demokrasi dan pilihanraya. Apapun ana lebih cenderung kepada pandangan ulama yang mengharuskan demokrasi dan pilihanraya. Demokrasi dan pilihanraya, terutama di dalam konteks negara kita, teramat perlu kerana kita tidak boleh membiarkan orang kafir menguasai negara umat Islam. Kita tidak boleh membiarkan urusan kita kepada kaum bukan Islam berhujjahkan kaedah usul al-fiqh;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Barang yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya (barang) maka ianya wajib.

Firman Allah Ta’ala;


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (surah an-nisa; ayat 58)

Di zaman kita ini, antara cara untuk menyerahkan amanah ialah dengan proses pilihanraya. Apapun pengharusan demokrasi bukanlah secara total. Ianya harus selari dengan kehendak agama. Tidak boleh menerima bulat – bulat demokrasi acuan barat, dan tidak boleh melanggar batas – batas yang telah ditetapkan agama sehingga mengakibatkan kerosakan. Sebab itu demonstrasi jalanan bukanlah cara yang patut dilakukan walaupun ianya diperuntukkan oleh demokrasi cara barat.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

"Tidak boleh membuat kemudharatan pada diri sendiri dan membuat kemudharatan pada orang lain." (Hadith Hasan, riwayat Ibn Maajah)

Memang benar, sebahagian ulama membenarkan kita menukar kerajaan. Apapun ianya bersyarat, iaitu jika ianya boleh dilakukan secara aman, bukan secara protes jalanan yang bersifat ganas berdasarkan dalil hadith di atas dan juga kaedah fiqh;

درء المفاسد أولى من جلب المصالح

Menghilangkan kemudharatan itu lebih diutamakan daripada mengambil sebuah kemashlahatan (kebaikan).

Apapun, kita harus ingat. Samada kita ini pemimpin yang menerajui sesebuah kerajaan ataupun hanya rakyat biasa, kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah kita lakukan. Para pemimpin wajib bersikap adil. Walaupun ahlus sunnah melarang untuk menentang pemerintah, tetapi itu tidak bermakna kezaliman yang dilakukan mereka diredhai. Rakyat pula harus terus menjalani kehidupan dan bertindak mengikut apa yang telah dibenarkan oleh Allah dan rasul.

Sesungguhnya hanya Allah lah sebaik – baik pembalas.

والله أعلم



Khamis, 3 Februari 2011

Mari Gulingkan Kerajaan..!

بسم الله, الحمد لله, و الصلاة و السلام على رسول الله, عما بعد,

Pertengahan bulan lepas, heboh kerajaan diktator Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali (yang mengharamkan poligami dan jihad di Tunisia) yang berjaya ditumbangkan oleh massa di sana. Seakan satu trend, baru – baru ini di Sana’a, Yaman beberapa siri gerakan protes rakyat turun ke jalan – jalan untuk menuntut Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh untuk berundur (termasuk hari ini). Di Mesir juga, berlaku konfrontasi antara penunjuk perasaan dan juga pihak berkuasa hingga mengakibatkan beberapa nyawa terkorban.

Persoalan yang terbesar dalam masalah ini yang berlegar – legar dalam fikiran kita sekarang, Siapakah yang benar? Pihak Kerajaan atau rakyat yang bangkit turun ke jalan – jalan? Secara ringkas, ana tak mahu berbincang tentang hukum demokrasi mahupun politik. Ianya walaupun berkaitan tetapi mungkin akan membawa perbahasan yang panjang berkaitan hukum asalnya dan juga keperluan semasa. Insya-Allah, mungkin ana akan bawanya lain kali.

GAMBAR: Aktivis Yaman, Tawakul Karman melaungkan slogan meminta Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh untuk berundur dari kerajaan.

Di sini, ana cuma ingin menyentuh dari satu sudut untuk kita fikir – fikirkan. Apa pandangan agama mengenai trend ini?

Firman Allah Azza wa Jalla;

{ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ }

Wahai orang – orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-NYA dan ulil amri diantara kamu (Surah An-Nisa’ – ayat 59)

Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda;

سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا

"Akan datang para penguasa, kalian mengenal mereka namun kalian mengingkari (perbuatan mereka), siapa yang tahu (kemungkarannya) hendaklah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkari maka ia telah selamat. Akan tetapi bagi yang ridha dan mengikutinya? (Para sahabat langsung mencelah) "Bagaimana jika kita perangi saja mereka?" beliau (shollallahu ‘alaihi wa sallam) menjawab: "Tidak! Selama mereka masih shalat."

(HR Muslim)

Antara kaedah asas bagi mereka yang mengaku ahlus sunnah wal jama’ah yang telah digariskan Al-Imam Abu Ja’far, Ahmad bin Ahmad At-Thohawi berkenaan dengan muamalat dengan pemerintah ialah;

وَلَا نَرَى الْخُرُوجَ عَلَى أَئِمَّتِنَا وَوُلَاةِ أُمُورِنَا وَإِنْ جَارُوا،

Kami tidak membolehkan memberontak dari para imam serta ulul amri urusan kita sekalipun mereka berlaku zalim (menzalimi)

وَلَا نَدْعُو عَلَيْهِمْ، وَلَا نَنْزِعُ يَدًا مِنْ طَاعَتِهِمْ،

Kita tidak mendoakan (keburukan) ke atas mereka (imam dan ulul amri) dan kita juga tidak boleh melepaskan ketaatan kepada mereka.

وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَةِ اللَّهِ - عز وجل - فَرِيضَةً، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَةٍ

Kami berpendapat bahawa taat kepada mereka adalah daripada taat kepada Allah Azza wa Jalla yang merupakan kewajiban, selagi mereka tidak memerintahkan kita melakukan kemaksiatan.

، وَنَدْعُو لَهُمْ بِالصَّلَاحِ وَالْمُعَافَاةِ.

Kita juga mendoakan mereka dengan kebaikan dan keselamatan.

)العقيدة الطحاوية - للإمام أبي جعفر أحمد بن محمد بن سلامة الأزدي الطحاوي(

Oke, mari kita tinjau pula apa kata Imam Ahmad Rahimahullah yang digelar sebagai ‘Imam Ahli Sunnah’ di dalam Ushulus Sunnah

و السمع والطاعة للأئمة و أمير المؤمنين البر و الفاجر, و من ولي الخلافة, واجتمع الناس عليه و رضوا به, و من عليهم بالسيف حتى صار خليفة وسمي أمير المؤمنين.

Mendengar dan taat kepada para imam dan pemimpin kaum mu’min yang baik mahupun yang jahat. Dan kepada khalifah yang manusia bersatu padanya dan meridhainya. Dan juga kepada orang yang telah mengalahkan manusia dengan pedang (kekuatan) hingga ia menjadi khalifah dan disebut sebagai Amirul Mu’minin (pemimpin kaum mu’min)

(أحمد بن حنبل اصول السنة للأمام )

Mungkin ada yang akan berkata; Demonstrasi atau protes yang kami lakukan ialah secara aman, pihak berkuasa yang membuatkannya bertukar ganas.” Tetapi tidakkah kita terfikir, jika mereka tidak memulakan protes, perkara keganasan tidak akan berlaku. Pihak keselamatan cuma menjalankan tugas mereka yang telah diperintahkan oleh pimpinan yang mereka sendiri i’tirafkan sebagai zalim.

Seperti yang kita tahu, bila keganasan telah berlaku di sesuatu protes atau demonstrasi, ianya akan mengakibatkan protester, pihak keselamatan mahupun orang atau harta awam mendapat mudharat daripadanya. Ianya akan mengakibatkan ketidak stabilan.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ أَنْ

"Tidak boleh membuat kemudharatan pada diri sendiri dan membuat kemudharatan pada orang lain."

(Hadith Hasan, riwayat Ibn Maajah)

Memang benar, sebahagian ulama membenarkan kita menukar kerajaan. Apapun ianya bersyarat, iaitu jika ianya boleh dilakukan secara aman, bukan secara protes jalanan yang bersifat ganas berdasarkan dalil hadith di atas dan juga kaedah fiqh;

درع المفاسد أولى من جلب المصالح

Menghilangkan kemudharatan itu lebih diutamakan daripada mengambil sebuah kemashlahatan (kebaikan).

Jadi, apa penyelesaiannya sekarang? Ana menyerahkan jawapannya kepada kalian sendiri. Walau apapun logik akal kita tentang apa yang berlaku sekarang, diharap ianya tidak melampaui batas – batas yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tulisan ini kemungkinan dilihat agak fasis dan amat berbeza dengan judul post kali ini, tetapi itulah hakikatnya yang perlu difikirkan oleh kita yang mengaku sebagai ahli sunnah.

Mungkin ada juga yang akan berhujjah dengan kaedah usul al-fiqh seperti; ‘Barang yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya (barang) maka ianya wajib’ (ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب) atau lain – lain hujjah yang cuba untuk menghalalkan protes atau demonstrasi. Tetapi sebenarnya kaedah seperti ini tidak sesuai untuk dijadikan dalil untuk menegakkan hujjah mereka kerana telah jelas nas dari Al-Quran dan As-Sunnah yang melarang kita membuat kerosakan di atas muka bumi ini.

والله أعلم

Catatan Popular