Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Rabu, 23 Mac 2011

Ana ada di Malaysia

Alhamdulillah, ana sekarang ni selamat sampai dah di rumah keluarga di Dungun, Terengganu. Sebenarnya dah selamat sampai ke Klia pada 21 Mac 2011, 9:21 pagi waktu Malaysia (4:21 pagi waktu Yaman) cuma sekarang ni baru rasa nak update kat blog ni. Hehe...

Insya-Allah, esok mungkin ana akan ke pondok (mungkin tak lama, 2 atau 3 hari sahaja). Sekarang ni pun macam - macam dalam kepala ni. Konon nak cari kerja. Iyalah, untuk perbelanjaan tiket untuk pergi sambung semula pengajian yang tergendala kerana pergolakan di Yaman. Terutama kawasan tempat pengajian kami - Sana'a.

Tiket kapat terbang dah berapa ribu. Duit yuran lagi... hehe... tapi dalam masa yang sama, ingat nak mengaji skit kat pondok sambil sambil berkkongsi ilmu dengan sahabat - sahabat dan adik - adik di pondok. Entahlah...


Okelah, itu dulu coretan ana untuk kali ini. Akan datang insya-Allah ada tulisan ana yang baru. tengah cari bahan untuk beberapa artikel berkenaan aqidah, akhlak, uslub da'wah dan lain -lain lagi. Doakan penulisan ana bertambah baik dan dapat memberi manfaat kepada semua.

Wassalam...

Ahad, 6 Mac 2011

Sifat Allah : Siapa yang lebih tahu?

بسم الله, الحمد لله, و الصلاة والسلام على رسول الله, عما بعد,

Baru – baru ini, ana mendapat mesej dari seorang sahabat ana di pondok. Beliau bertanyatentang satu mesej yang diterimanya. Berikut adalah mesejnya;

“ALLAH ADA TANPA MEMERLUKAN TEMPAT.DAN ALLAH BUKAN DUDUK DIATAS ARASY ATAU LANGIT SEBAGAIMANA SANGKAAN WAHABI DAN YAHUDI. ALLAH ADA DULU KEATAU BUMI,LANGIT,ARASY,MASA,TEMPAT DAN SEMUA MAKHLUK ADA DULU? JAWAB INI DULU KALAU ANDA SEORANG YANG WARAS”

Oke, di sini ana ingin menjawab waham yang ditimbulkan oleh sang penghantar mesej yang tidak dikenali.Jawapan secara ringkas telah ana hantar kepada sahabat ana itu. Apapun sebenarnya, ana agak malas untuk membincangkan soal sifat Allah ini. Kebiasaannya ia akan menjadi pertikaman lidah kerana kita tidak berpegang dengan sumber yang sama.Golongan seperti penulis mesej di atas lebih suka mendahulukanakal – akal singkat mereka dan membelakangkan firman Allah dan Rasul shollallahu ‘alaihi wa sallam

Firman Allah di dalam Surah Al-Hujuraat, ayat pertama;

يا ايها الذين امنوا لا تقدموا بين يدي الله ورسوله واتقوا الله ان الله سميع عليم

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Melalui ayat di atas dapat kita fahami bahawakita sebagai orang yang mengaku beriman tidak boleh mendahului perkataan Allah dan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam dengan perkataan atau akal – akal kita yang mempunyai kemampuan yang terhad. Jadi, di sini ana cuba untuk menampilkan hujjah yang diambil dari Al-quran, sunnah dan qaul ulama yang mu’tabaryang dipersetujui oleh mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul sollallahu ‘alaihi wa sallam.Di sini, ana gariskan beberapa persoalan dan jawapan kepadanya.

Siapa yang paling mengenal Allah?

Sebelum kita mengatakan atau menyifatkan Allah itu dengan sesuatu sifat (samada Allah bertempat atau tidak, di atas arasyh ataupun tidak) kita wajib meyakini hanya Allah sahajalah yang paling mengetahui tentang dirinya.

و لا يمكن لأحد أن يصف الله بأحسن و افضل مما وصف الله به نفسه.(الايمان- شيخ عبد المجيد الزنداني حفظه الله)

Dan tidak mungkin bagi seseorang untuk menyifatkan Allah dengan lebih baik dan lebih bagus dari apa yang telah mensifatkan Allah dengannya akan diri-NYA. (Al – Iman - Syeikh Abdul Majid Al-Zindaaniy Hafizohu-Llah)

Dan ini hanya dapat kita ketahui melalui apa yang Allah sampaikan melalui kitab suci Al-Quran dan juga lisan nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam. Mana mungkin kita boleh menyifatkan Allah (sesuatu yang ghaib) melalui pandangan – pandangan mereka yang tidak mengetahui hakikat sebenar Allah, melainkan kita harus kembali kepada Al-quran dan al-hadith.

كل ما جاء في القرآن او صح عن المصطفى عليه السلام من صفات الرحمن, وجب الايمان به, وتلقّيه بالتسليم والقبول, وترك التعرض له بالردّ والتأويل, والتشبيه والتمثيل.(فصل في توحيد الأسماء والصفات–لمعة الاعتقاد الهادي الى سبيل الرشاد للأمام موفق الدين ابن قدامة المقدسي)

Setiap barang yang datang pada al-quran atau dari al-Mustafa (Muhammad) ‘alaihissalam daripadasifat a-rahman (Allah), wajib beriman dengannya, menerimanya dengan ketundukan dan kesediaan, dan meninggalkan mencari – cari baginya dengan penolakan dan pemalingan, dan juga penyerupaan atau permithalan.(Fasal pada menyatakan tauhid asma dan sifat –Lum’atul I’tiqad al-hadi ila sabiil al-rasyad tulisan al-imam ibnu Qudamah al-maqdisi)

Apa kata Allah Azza wa Jalla mengenai sifat-NYA?

Oke, sekarang kita lihat apa yang dijelaskan oleh Allah tentang sifatnya. Ana tumpukan kepada sifat – sifat yang dipertikaikan oleh SMS yang di atas. Untuk sifat – sifat Allah yang lain, insya-Allah kita akan bincangkannya pada tulisan yang lain.

1. Dalil - dalil Allah mengatakan bahawa Dia di atas Arasyh

{الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} [طه: 5]


Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. (Thoha : 5)

Dan firman Allah;


{ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ}

Lalu ia bersemayam di atas Arasy

Pada enam tempat:

Al-a’raaf (الأعراف) ayat 54, Yunus (يونس) ayat 3, Al-Ra’d (الرعد) ayat 2, Al-Furqaan (الفرقان) ayat 59, As-Sajdah (السجدة) ayat 4 , Al-Hadiid (الحديد) ayat 4.

2. Dalil - dalil Allah mengithbatkan (menetapkan) ketinggian-NYA atas makhluk – makhluk-NYA;

{يَا عِيسَى إنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إلَيَّ} [آل عمران: 55]

"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisi-Ku ( Surah Ali Imraan : 55)

{بَل رَّفَعَهُ اللَّهُ إلَيْهِ} [النساء: 158]

Bahkan Allah telah mengangkat dia (Nabi Isa) kepada-NYA (Surah an-nisa’ : 158)

{إلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ} [فاطر: 10]

Kepada dialah (Allah) naiknya Segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkat-NYA.

{يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ • أَسْبَابَ السَّمَوَاتِ فَأَطَّلِعَ إلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا} [غافر: 36 - 37] .

36. (Dan Firaun pula berkata:) "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya)

37. "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!"

Di ayat di atas (ayat 37 surah Ghafir), Firaun memperlekeh Musa yang mensifatkan ketinggian Allah.

{أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ • أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ} [الملك: 16 - 17]

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahan-NYA di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16)

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah Yang pusat pemerintahan-NYA di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut Yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaran-KU? (17)

Melalui ayat – ayat yang mulia di atas, seseorang yang mempunyai akal yang sihat akan dapat menerima apa yang telah disifatkan sendiri oleh Allah akan diri-NYA. Mereka yang tidak mahu beriman akan memberikan alasan ianya adalah ayat – ayatmutasyabihat (kesamaran) yang wajib diadakan baginya ta’wil (pemalingan dan tafsiran). Ini silap, sebenarnya sifat – sifat Allah yang disebutkanbukan mutasyabihat. Ianya (sifat itu) muhkamatcuma keadaan sebenar sifat itu yang mutasyabihat.

Ini dapat difahami denganpenjelasan Imam Malik rahimahullah padasatu riwayat;

الاستواء غير مجهول، والكيف غير معقول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة (أسماء الله وصفاته وموقف أهل السنه منها - محمد بن صالح بن محمد العثيمين)

(Sifat) Al- Istiwa’ itu bukannya tidak diketahui (maksudnya; diketahui), dan caranya (cara istiwa’) tidak diketahui, dan beriman dengannya (sifat istiwa’) itu wajib, dan bertanya darinya (bertanya cara istiwa’) itu bid’ah.

Apa kata Rasulullah tentang sifat Allah?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ وَهُوَ يَكْتُبُ عَلَى نَفْسِهِ وَهُوَ وَضْعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِي تَغْلِبُ غَضَبِي (رواه البخاري)

dari Abu Hurairah dari nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Dikala Allah mencipta manusia, Dia menulis dalam kitab-Nya yang Dia sendirilah yang menulis terhadap diri-Nya, dan itu diletakkan-Nya di sisiNya di atas 'arsy, 'Sesungguhnya rahmat-Ku lebih mendominasi kemurkaan-Ku'."(HR Bukhari)


والعرش فوق الماء والله فوق العرش (حديث حسن, رواه أبو داود وغيره )

Arasyh itu di atas air dan Allah itu di atas arasyh. (Hadis hasan, riwayat Abu Daud dan selainnya)

Pada satu hadith yang panjang dari Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami;


وَكَانَتْ لِي جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِي قِبَلَ أُحُدٍ وَالْجَوَّانِيَّةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي آدَمَ آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا قَالَ ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ لَهَا أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ (رواه مسلم)


Dahulu saya mempunyai budak wanita yang menggembala kambing di depan gunung Uhud dan al-Jawwaniyah. Pada suatu hari aku memeriksanya, ternyata seekor serigala telah membawa seekor kambing dari gembalaannya. Aku adalah laki-laki biasa dari keturunan bani Adam yang bisa marah sebagaimana mereka juga bisa marah. Tetapi aku menamparnya sekali. Lalu aku mendatangi Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau anggap tamparan itu adalah masalah besar. Aku berkata, "(Untuk menebus kesalahanku), tidakkah lebih baik aku memerdekakannya? ' Beliau bersabda, 'Bawalah dia kepadaku.' Lalu aku membawanya menghadap beliau. Lalu beliau bertanya, 'Di manakah Allah? ' Budak itu menjawab, 'Di langit.' Beliau bertanya, 'Siapakah aku? ' Dia menjawab, 'Kamu adalah utusan Allah.' Beliau bersabda, 'Bebaskanlah dia, karena dia seorang wanita mukminah'(HR Muslim)

Apa kata para Imam kita bagi menjelaskan cara beriman dengan tauhid Asma’ dan Sifat.

Berkata Imam Malik mentafsirkan perkataan al-Istiwa’

الاستواء معلوم، والكيف مجهول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة

Al- Istiwa’ itu ma’lum (diketahui), dan caranya (cara istiwa’) tidak diketahui, dan beriman dengannya (sifat istiwa’) itu wajib, dan bertanya darinya (bertanya cara istiwa’) itu bid’ah.

Telah berkata al-Imam Abu Abdillah, Ahmad bin Muhammad bin Hanbalpada sabda Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam :

>>إن الله ينزل إلى سماء الدنيا<<


Juga pada lain – lain hadith yang sepertinya;


نؤمن بها، ونصدق بها بلا كيف، ولا معنى، ولا نرد شيئا منها،(لمعة الاعتقاد الهادي الى سبيل الرشاد للأمام موفق الدين ابن قدامة المقدسي)


Beriman dengannya (hadith), dan membenarkannya (hadith) tanpa bertanyakan ‘bagaimana?’, tanpa makna, tanpa menolak satupun daripadanya (hadith).(Lum’atul I’tiqad al-hadi ila sabiil al-rasyad bagi al-imam ibnu Qudamah al-maqdisi)

Tanpa makna (ولا معنى) di sini bukan bermaksud tidak boleh diterjemah kepada bahasa lain. Contoh; اليد - yang bermaksud tangan di dalam Bahasa Malaysia seperti yang difahami sebahagian orang yang sengaja menghilangkan makna sifat - sifat Allah.

Tanpa makna di sini bermaksud;

لا نثبت لها معنى يخالف ظاهرها كما فعله أهل التأويل, و ليس مراده نفي معنى الصحيح الموافق لظاهرها الذي فسرها به السلف فإنهذا ثابت.(فصل في كلام أئمة السلف في الصفات – شرح لمعة الاعتقاد الهادي الى سبيل الرشاد للأمام موفق الدين ابن قدامة المقدسي – الشيخ محمد بن صالح العثيمين)

Tidak menthabitkan (menetapkan) baginya makna yang bertentangan dengan zahirnya sepertimana yang dilakukan oleh ahli ta’wil, dan bukan juga yang dikehendaki menafikan makna sebenar yang sepakat bagi zahirnya iaitu yang dijelaskannya ulama salaf. Maka sesungguhnya inilah (menetapkan dengan makna yang zahir) yang kuat.(Fasal pada menyatakan tauhid asma dan sifat – syarah Lum’atul I’tiqad al-hadi ila sabiil al-rasyad bagi al-imam ibnu Qudamah al-maqdisi – syarah – Syeikh Muhammad bin Soleh Al-‘Uthaimeenrahimahullah)

Menetapkan dengan zahir bukan bermaksud bertaqlid kepada mazhab Az-Dzohiriy (antara pemuka mazhab ini ialah ulama – ulama seperti Daud Az-Dzohiriyrahimahullah, Ibnu Hazmrahimahullah dan lain - lain). Ini dijelaskan oleh Al-ImamMuhammad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah asy-Syaukani rahimahullah.


وَلَقَد صدق فِي مقاله فمذهب الظَّاهِر هُوَ أول الْفِكر آخر الْعَمَل عِنْد من منح الْإِنْصَاف وَلم يرد على فطرته مَا يغيرها عَن أَصْلهَا وَلَيْسَ وَهُوَ مَذْهَب دَاوُد الظاهري وَأَتْبَاعه فَقَط بل هُوَ مَذْهَب أكَابِر الْعلمَاء المتقيدين بنصوص الشَّرْع من عصر الصَّحَابَة إِلَى الْآن وَدَاوُد وَاحِد مِنْهُم وَإِنَّمَا اشْتهر عَنهُ الجمود فِي مسَائِل وقف فِيهَا على الظَّاهِر حَيْثُ لَا ينبغي الْوُقُوف وأهمل من أَنْوَاع الْقيَاس مَالا يَنْبَغِي لمنصف إهماله وَبِالْجُمْلَةِ (البدر الطالع - محمد بن علي بن محمد بن عبداللهال شوكاني اليمني (المتوفى: 1250هـ))


Mengamalkan dzahiradalah pemikiran yang pertama kali ada dan terakhir bagi orang yang diberi sifat keadilan dan fitrahnya belum berubah, ia bukan hanya mazhab Daud Ad Dzahiri saja, namun ia adalah madzhab ulama – ulama besar yang mengikat diri dengan nash – nash syari’at dari semenjak zaman sahabat sampai hari ini, namun Daud masyhur dengan kejumudannya dalam menyingkapi banyak masalah dimana ia berpegang kepada lahiriahyang tidak layak dipegang dan menolak qiyas yang seharusnya tidak boleh ditolak. (Kunci Memahami Hadis Nabi–Abu Yahya Badru Salam, Pustaka Al-Bashirah, Cetakan Pertama Disember 2009)

Berkata Imam asy-syafie;


آمنت بالله وبما جاء عن الله، على مراد الله، وآمنت برسول الله، وبما جاء عن رسول الله، على مراد رسول الله(لمعة الاعتقاد الهادي الى سبيل الرشاد للأمام موفق الدين ابن قدامة المقدسي)


Aku beriman dengan Allah dan dengan barang yang didatangkan oleh Allah atas yang makna dikehendaki Allah dan aku beriman dengan Rasullullah dandengan barang yang didatangkan oleh Rasullullah atas makna yang dikendaki oleh Rasulullah.(Lum’atul I’tiqad al-hadi ila sabiil al-rasyad bagi al-imam ibnu Qudamah al-maqdisi)

Oleh itu, kita sebagai orang yang mengaku beriman kepada Allah tidak boleh mendahulukan akal – akal kita yang terbatas kemampuannya.Al – Quran dan As-Sunnah harus didahulukan terutama dalam soal agama khasnya dalam memahami sifat pencipta kita iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kembalilah kepada ajaran para imam pendahulu kita yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Allah dan Rasul shollallahu ‘alaihi wa sallam kerana sabda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam;

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ (رواه مسلم)

Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi yang selepasnya, kemudian generasi yang selepasnya (HR Muslim)




والله أعلم

Catatan Popular