Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Khamis, 3 Februari 2011

Mari Gulingkan Kerajaan..!

بسم الله, الحمد لله, و الصلاة و السلام على رسول الله, عما بعد,

Pertengahan bulan lepas, heboh kerajaan diktator Tunisia pimpinan Zine El Abidine Ben Ali (yang mengharamkan poligami dan jihad di Tunisia) yang berjaya ditumbangkan oleh massa di sana. Seakan satu trend, baru – baru ini di Sana’a, Yaman beberapa siri gerakan protes rakyat turun ke jalan – jalan untuk menuntut Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh untuk berundur (termasuk hari ini). Di Mesir juga, berlaku konfrontasi antara penunjuk perasaan dan juga pihak berkuasa hingga mengakibatkan beberapa nyawa terkorban.

Persoalan yang terbesar dalam masalah ini yang berlegar – legar dalam fikiran kita sekarang, Siapakah yang benar? Pihak Kerajaan atau rakyat yang bangkit turun ke jalan – jalan? Secara ringkas, ana tak mahu berbincang tentang hukum demokrasi mahupun politik. Ianya walaupun berkaitan tetapi mungkin akan membawa perbahasan yang panjang berkaitan hukum asalnya dan juga keperluan semasa. Insya-Allah, mungkin ana akan bawanya lain kali.

GAMBAR: Aktivis Yaman, Tawakul Karman melaungkan slogan meminta Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh untuk berundur dari kerajaan.

Di sini, ana cuma ingin menyentuh dari satu sudut untuk kita fikir – fikirkan. Apa pandangan agama mengenai trend ini?

Firman Allah Azza wa Jalla;

{ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ }

Wahai orang – orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-NYA dan ulil amri diantara kamu (Surah An-Nisa’ – ayat 59)

Dari Ummu Salamah, sesungguhnya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda;

سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا

"Akan datang para penguasa, kalian mengenal mereka namun kalian mengingkari (perbuatan mereka), siapa yang tahu (kemungkarannya) hendaklah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkari maka ia telah selamat. Akan tetapi bagi yang ridha dan mengikutinya? (Para sahabat langsung mencelah) "Bagaimana jika kita perangi saja mereka?" beliau (shollallahu ‘alaihi wa sallam) menjawab: "Tidak! Selama mereka masih shalat."

(HR Muslim)

Antara kaedah asas bagi mereka yang mengaku ahlus sunnah wal jama’ah yang telah digariskan Al-Imam Abu Ja’far, Ahmad bin Ahmad At-Thohawi berkenaan dengan muamalat dengan pemerintah ialah;

وَلَا نَرَى الْخُرُوجَ عَلَى أَئِمَّتِنَا وَوُلَاةِ أُمُورِنَا وَإِنْ جَارُوا،

Kami tidak membolehkan memberontak dari para imam serta ulul amri urusan kita sekalipun mereka berlaku zalim (menzalimi)

وَلَا نَدْعُو عَلَيْهِمْ، وَلَا نَنْزِعُ يَدًا مِنْ طَاعَتِهِمْ،

Kita tidak mendoakan (keburukan) ke atas mereka (imam dan ulul amri) dan kita juga tidak boleh melepaskan ketaatan kepada mereka.

وَنَرَى طَاعَتَهُمْ مِنْ طَاعَةِ اللَّهِ - عز وجل - فَرِيضَةً، مَا لَمْ يَأْمُرُوا بِمَعْصِيَةٍ

Kami berpendapat bahawa taat kepada mereka adalah daripada taat kepada Allah Azza wa Jalla yang merupakan kewajiban, selagi mereka tidak memerintahkan kita melakukan kemaksiatan.

، وَنَدْعُو لَهُمْ بِالصَّلَاحِ وَالْمُعَافَاةِ.

Kita juga mendoakan mereka dengan kebaikan dan keselamatan.

)العقيدة الطحاوية - للإمام أبي جعفر أحمد بن محمد بن سلامة الأزدي الطحاوي(

Oke, mari kita tinjau pula apa kata Imam Ahmad Rahimahullah yang digelar sebagai ‘Imam Ahli Sunnah’ di dalam Ushulus Sunnah

و السمع والطاعة للأئمة و أمير المؤمنين البر و الفاجر, و من ولي الخلافة, واجتمع الناس عليه و رضوا به, و من عليهم بالسيف حتى صار خليفة وسمي أمير المؤمنين.

Mendengar dan taat kepada para imam dan pemimpin kaum mu’min yang baik mahupun yang jahat. Dan kepada khalifah yang manusia bersatu padanya dan meridhainya. Dan juga kepada orang yang telah mengalahkan manusia dengan pedang (kekuatan) hingga ia menjadi khalifah dan disebut sebagai Amirul Mu’minin (pemimpin kaum mu’min)

(أحمد بن حنبل اصول السنة للأمام )

Mungkin ada yang akan berkata; Demonstrasi atau protes yang kami lakukan ialah secara aman, pihak berkuasa yang membuatkannya bertukar ganas.” Tetapi tidakkah kita terfikir, jika mereka tidak memulakan protes, perkara keganasan tidak akan berlaku. Pihak keselamatan cuma menjalankan tugas mereka yang telah diperintahkan oleh pimpinan yang mereka sendiri i’tirafkan sebagai zalim.

Seperti yang kita tahu, bila keganasan telah berlaku di sesuatu protes atau demonstrasi, ianya akan mengakibatkan protester, pihak keselamatan mahupun orang atau harta awam mendapat mudharat daripadanya. Ianya akan mengakibatkan ketidak stabilan.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ أَنْ

"Tidak boleh membuat kemudharatan pada diri sendiri dan membuat kemudharatan pada orang lain."

(Hadith Hasan, riwayat Ibn Maajah)

Memang benar, sebahagian ulama membenarkan kita menukar kerajaan. Apapun ianya bersyarat, iaitu jika ianya boleh dilakukan secara aman, bukan secara protes jalanan yang bersifat ganas berdasarkan dalil hadith di atas dan juga kaedah fiqh;

درع المفاسد أولى من جلب المصالح

Menghilangkan kemudharatan itu lebih diutamakan daripada mengambil sebuah kemashlahatan (kebaikan).

Jadi, apa penyelesaiannya sekarang? Ana menyerahkan jawapannya kepada kalian sendiri. Walau apapun logik akal kita tentang apa yang berlaku sekarang, diharap ianya tidak melampaui batas – batas yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tulisan ini kemungkinan dilihat agak fasis dan amat berbeza dengan judul post kali ini, tetapi itulah hakikatnya yang perlu difikirkan oleh kita yang mengaku sebagai ahli sunnah.

Mungkin ada juga yang akan berhujjah dengan kaedah usul al-fiqh seperti; ‘Barang yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya (barang) maka ianya wajib’ (ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب) atau lain – lain hujjah yang cuba untuk menghalalkan protes atau demonstrasi. Tetapi sebenarnya kaedah seperti ini tidak sesuai untuk dijadikan dalil untuk menegakkan hujjah mereka kerana telah jelas nas dari Al-Quran dan As-Sunnah yang melarang kita membuat kerosakan di atas muka bumi ini.

والله أعلم

6 ulasan:

  1. Aizad...kenapa warna backgroun lebih kurang je dengan warna tulisan..susah nak baca..apapun, kami sentiasa berdoa agar kau dan seluruh Yaman dalam lindungan Allah SWT..Tulislah lagi perkembangan terbaru.

    BalasPadam
  2. Dah adjust smula dah... hehe... terima kasiuh kerana mendoakan. Insya-Allah,kalau ada apa2 brta tbaru akan diupdate. Kalaupun bukan melalui blog ni... ;)

    BalasPadam
  3. Semoga Allah memberkati dan memberi ruang untuk kau dan kawan2 menimba ilmu di bumi yang penuh hikmah....

    BalasPadam
  4. Ape la ko. . Hadis2 pasal larangan memerangi dan menggulingkan pemerintah utk pemerintah beraja selepas zaman khalifah al rashidin. .raja2 ni mmg zalim kpd golongan yg tidak menyokong dan melawan mereka dan merampas harta rakyat sesuka hati. . .Tapi zaman raja2 ni islam berkembang ke sebahagian besar dunia, ramai yg masuk islam. Hukum hudud dan qisas dilaksanakan dlm negara. . Sistem ekonomi islam yg bebas riba dan adil dilaksanakan . . .sistem politik pula berdasarkan sistem beraja yg diakui para sahabat dan ulama pada zaman itu. . .tapi pemerintah skrg mengamalkan sistem kafir dlm pemilihan pemerintah, ekonomi dan undang2. mereka ini yg disebut thagut di dalam al quran. . Dan islam tidak berkembang sebaliknya semakin hancur di bawah pemerintahan mereka yg berdasarkan demokrasi yunani, sistem kapitalis yg berdasrkan riba dan cukai dan undang2 common law yg jauh menyimpang drp ape yg Allah perintahkan di dalam Al quran dan sebagaimana yg dilaksana oleh raja2 dan khalifah sehingga khalifah/raja terakhir iaitu khalifah uthmaniah. . .sistem tinggallan penjajah kaum salib telah diteruskan oleh pemimpin skrg dan disokong oleh rakyat dan sebahagian ulama yg tertipu dgn realiti sebenarnye. . Hasilnye ramai umat islam yg murtad seperti yg pernah dilaporkan oleh bekas mufti perak dan runtuh akhlaknya dgn peningkatan zina dan riba. . . .nabi s.a.w bersabda tiada kebaikan lagi pada umatku jika riba dan zina telah berleluasa dikalangan mereka. . Keadaan pemimpin skrg tidak sama dgn pemimpin yg nabi s.a.w beritahu di dalam hadis2 itu. . .pemimpin yg nabi maksudkan untuk taat itu ialah pemimpin yg zalim dan jahat tetapi masih melaksanakan sistem islam. . . Dan bukannye pemimpin yg jahat dan zalim serta berhukum dgn hukum thagut. . ALLAH taala memerintahkan kita supaya kafir kepada thagut. . Dan bukan taat kepada thagut. .

    BalasPadam
  5. Kalau saya salah sila betulkan ye. . .

    BalasPadam

Catatan Popular