Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Jumaat, 31 Disember 2010

Update Akhir Tahun 2010

بسم الله

الحمد لله

و الصلاة و السلام على رسول الله,

عما بعد,

Agak lama ana tak update blog ni. Buat yang tak tahu lagi, ana sekarang ni sudah berada di Sana’a, Yaman semenjak 28 November 2010 yang lepas. Semenjak berada di sini lebih kurang sebulan, banyak juga pengalaman baru bagi ana. Terutama sekali bila sampai di sini ialah berkenaan cuaca. Beberapa kali juga badan tak sihat gara – gara tak biasa dengan cuaca sejuk di sini... Selain itu, budaya masyarakat di sini yang begitu asing dari apa ayang telas biasa ana lalui di tanahair.

Apapun, ana sudahpun memulakan pengajian di ‘Jamiah Ulum’ (جامعة العلوم و التكنولوجيا). Ngaji bahasa arab (قسم اللغة) je dulu. Maklum, tak tahu apa – apa lagi tentang bahasa ni. Insya-Allah, bila habis tahun depan, ana akan ambil (تخصص) dalam bidang ilmu agama pula.

Okelah, mungkin ini dulu yang dapat ana coretkan di sini. Insya-Allah akan datang ada lagi update dari blog ni.

Rabu, 24 November 2010

Sekadar Coretan Pengingat Diri.

Di saat ini, di sini, perasaan bercampur baur. Diri ini bakal meninggalkan keluarga tercinta dan berjauhan untuk jangka yang agak lama. Apakah diri ini mampu menghadapi ujian yang berat ini? Ataukah diri ini akan kecudang di tengah jalan..?


Ya Allah! Teguhkanlah daku di atas jalan-Mu dan jangan Engkau palingkan hati ini setelah engkau berikan diri ini hidayah-Mu.

Jumaat, 12 November 2010

Darul Bayan - 03 Mac 2007 - 11 Nov 2010

بسم الله
الحمد لله
والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد

Lama ana tak update blog ni. Kali ni pun takde apa sangat yang penting nak dimaklumkan. Cumanya, ana nak beritahu yang ana baru sahaja meninggalkan Pondok Pinang Merah, Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan semalam (11 Nov 2010). Sekarang ni ana sibuk nak buat persiapan untuk melanjutkan pengajian ana di Bandar Sanaa, Republik Yaman.

Insya-Allah, penerbangan pada 25 November ini. Doakan ana selamat sampai dan berjaya mencapai cita - cita ana dengan cemerlang di sana. Terima kasih buat semua yang memberi sumbangan berupa wang, masa dan juga sokongan moral. Jasa kalian semua tidak akan ana lupakan. Terutama untuk Ibu dan Ayah yang merestui perjuangan ini, juga adik -adik, sanak saudara dan sahabat - sahabat yang tak jemu melayan karenah ana selama berada di Darul Bayan. :)

Jumaat, 22 Oktober 2010

Ber-Infaqlah! Nescaya kau akan kaya.

بسم الله
الحمد لله
والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد

Sengaja je buat tajuk entry kali ini macam ni. Nak buat saspen je. Sebenarnya kat sini ana cuma nak berkongsi perkembangan ana sekarang ini. Kelmarin ana bersama dua sahabat bersolat Jumaat di Masjid Jamek Pengadang Baru. Selepas selesai solat, wakil masjid mengumumkan bahawa kami bakal melanjutkan pengajian ke Yaman. Alhamdulillah, dapatlah kami RM1,000 lebih untuk seorang. Legalah sikit hati ana. Iyalah, memikirkan dana yang masih tidak mencukupi lagi ni. Mungkin cukup sekadar untuk semesta pertama dan beberapa urusan je kat sana. Haha.. takpelah, bak kata orang zaman sekarang; "slow - slow lah..." Insya-Allah, datanglah rezkinya nanti..

Oh ya, sebelum kami pulang, sempat juga wakil masjid berkata kepada kami "Jangan masuk Umno ya..!" Ana jawab "insya-Allah.. takkan punya.." :)

Catatan Popular