Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila GunakanMozilla Firefoxatau Google Chromeuntuk paparan yang terbaik.
الكلمة الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).
Jumaat, 22 Oktober 2010
Ber-Infaqlah! Nescaya kau akan kaya.
بسم الله
الحمد لله
والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد
Sengaja je buat tajuk entry kali ini macam ni. Nak buat saspen je. Sebenarnya kat sini ana cuma nak berkongsi perkembangan ana sekarang ini. Kelmarin ana bersama dua sahabat bersolat Jumaat di Masjid Jamek Pengadang Baru. Selepas selesai solat, wakil masjid mengumumkan bahawa kami bakal melanjutkan pengajian ke Yaman. Alhamdulillah, dapatlah kami RM1,000 lebih untuk seorang. Legalah sikit hati ana. Iyalah, memikirkan dana yang masih tidak mencukupi lagi ni. Mungkin cukup sekadar untuk semesta pertama dan beberapa urusan je kat sana. Haha.. takpelah, bak kata orang zaman sekarang; "slow - slow lah..." Insya-Allah, datanglah rezkinya nanti..
Oh ya, sebelum kami pulang, sempat juga wakil masjid berkata kepada kami "Jangan masuk Umno ya..!" Ana jawab "insya-Allah.. takkan punya.." :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan