Perhatian
Rabu, 23 Mac 2011
Ana ada di Malaysia
Insya-Allah, esok mungkin ana akan ke pondok (mungkin tak lama, 2 atau 3 hari sahaja). Sekarang ni pun macam - macam dalam kepala ni. Konon nak cari kerja. Iyalah, untuk perbelanjaan tiket untuk pergi sambung semula pengajian yang tergendala kerana pergolakan di Yaman. Terutama kawasan tempat pengajian kami - Sana'a.
Tiket kapat terbang dah berapa ribu. Duit yuran lagi... hehe... tapi dalam masa yang sama, ingat nak mengaji skit kat pondok sambil sambil berkkongsi ilmu dengan sahabat - sahabat dan adik - adik di pondok. Entahlah...
Okelah, itu dulu coretan ana untuk kali ini. Akan datang insya-Allah ada tulisan ana yang baru. tengah cari bahan untuk beberapa artikel berkenaan aqidah, akhlak, uslub da'wah dan lain -lain lagi. Doakan penulisan ana bertambah baik dan dapat memberi manfaat kepada semua.
Wassalam...
Jumaat, 31 Disember 2010
Update Akhir Tahun 2010
بسم الله
الحمد لله
و الصلاة و السلام على رسول الله,
عما بعد,
Agak lama ana tak update blog ni. Buat yang tak tahu lagi, ana sekarang ni sudah berada di Sana’a, Yaman semenjak 28 November 2010 yang lepas. Semenjak berada di sini lebih kurang sebulan, banyak juga pengalaman baru bagi ana. Terutama sekali bila sampai di sini ialah berkenaan cuaca. Beberapa kali juga badan tak sihat gara – gara tak biasa dengan cuaca sejuk di sini... Selain itu, budaya masyarakat di sini yang begitu asing dari apa ayang telas biasa ana lalui di tanahair.
Apapun, ana sudahpun memulakan pengajian di ‘Jamiah Ulum’ (جامعة العلوم و التكنولوجيا). Ngaji bahasa arab (قسم اللغة) je dulu. Maklum, tak tahu apa – apa lagi tentang bahasa ni. Insya-Allah, bila habis tahun depan, ana akan ambil (تخصص) dalam bidang ilmu agama pula.
Okelah, mungkin ini dulu yang dapat ana coretkan di sini. Insya-Allah akan datang ada lagi update dari blog ni.
Rabu, 24 November 2010
Sekadar Coretan Pengingat Diri.

Ya Allah! Teguhkanlah daku di atas jalan-Mu dan jangan Engkau palingkan hati ini setelah engkau berikan diri ini hidayah-Mu.
Jumaat, 12 November 2010
Darul Bayan - 03 Mac 2007 - 11 Nov 2010
Insya-Allah, penerbangan pada 25 November ini. Doakan ana selamat sampai dan berjaya mencapai cita - cita ana dengan cemerlang di sana. Terima kasih buat semua yang memberi sumbangan berupa wang, masa dan juga sokongan moral. Jasa kalian semua tidak akan ana lupakan. Terutama untuk Ibu dan Ayah yang merestui perjuangan ini, juga adik -adik, sanak saudara dan sahabat - sahabat yang tak jemu melayan karenah ana selama berada di Darul Bayan. :)Jumaat, 22 Oktober 2010
Ber-Infaqlah! Nescaya kau akan kaya.
Oh ya, sebelum kami pulang, sempat juga wakil masjid berkata kepada kami "Jangan masuk Umno ya..!" Ana jawab "insya-Allah.. takkan punya.." :)
Jumaat, 1 Oktober 2010
Sukarkah menjawab "Ana Tak Tahu" ?

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت - رواه البخاري ومسلم.Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diadiam.
ونقول الله أعلم فيما اشتبه علينا علمهKami katakan "Allahu a'lam (Allah lebih mengetahui)" bagi barang yang kesamaran ilmunya atas kami.
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة : قال أبو عيسى هذا حديث حسنDari Abu Hurairah katanya : Telah bersabda Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam): Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.
Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyombongkan diri di hadapan alim ulama' atau untuk berdebat dengan orang - orang jahil atau untuk menarik perhatian manusia maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka
Rabu, 22 September 2010
Ulama yang Bujang & Teh Pudina
Setelah selesai, kami menuju ke pondok. Mulanya tak dirancang pun untuk ke pondok. Tetapi memandangkan seorang sahabat ana (salah seorang calon mahasiswa yang bakal ke Yaman 26hb ni) memberitahu supaya segera ke pondok untuk mendapatkan sedikit sumbangan, ana pun apa lagi, terus jelah ke pondok. Hehe... adalah rezki untuk ana sebelah malamnya. Alhamdulillah... :D
Isnin, 20 September 2010
Jalan lagi...

Khamis, 16 September 2010
Bukan Senang Nak Senang...

Eh, apa kaitannya pula dengan ana ni ye? Hehe, seperti yang ana beritahu sebelum ini, ana juga bakal menyusul mereka untuk melanjutkan pengajian ana di sana (Yaman). Insya-Allah dalam bulan November ini. Tetapi wang yang berjaya ana kumpul tidaklah sebanding apa yang mereka sudah berjaya kumpulkan. Terlintas juga dalam benak, beginikah nasib yang harus mereka yang ingin mendalami ilmu agama yang suci ini hadapi? Tapi bila difikirkan kembali, ana rasa ini hanya sekadar sedikit dari rencah tribulasi untuk mereka yang ingin memperjuangkan agama suci ni. Ana sentiasa berharap supaya hati ini sentiasa istiqamah atas jalan ini.
Ahad, 4 Julai 2010
Rayuan Bantuan Kewangan Melanjutkan Pengajian ke Yaman.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم جاء أهل اليمن هم أرق أفئدة الإيمان يمان والفقه يمان والحكمة يمانية
Telah bersabda Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam) : Datang kepada kalian penduduk Yaman, mereka lebih ramah perasaannya dan lebih lembut hatinya, Iman ada pada Yaman, Fiqh itu pada Yaman dan Hikmah ada pada penduduk Yaman .” (Al Bukhari & Muslim)
PERKARA: Rayuan Bantuan Kewangan Melanjutkan Pengajian ke Yaman.
Merujuk perkara di atas, Ana (Mohd Aizad bin Zulkifli), No kad pengenalan 841201-05-5339. Merupakan seorang pelajar Madrasah Darul Bayan, Paka, DUNGUN Terengganu bakal melanjutkan pengajian ke Sana'a, Yaman hujung tahun ini.
Ana meminta jasa baik sesiapa sahaja yang dermawan untuk menghulurkan bantuan ikhlas anda semua ke akaun Maybank ana (nombor akaun - 163082082469).
Anggaran kos untuk tahun permulaan termasuk urusan tiket penerbangan dan paspot ialah sekitar kira - kira RM 10,600. Setakat ini, wang yang ana mampu kumpul hanya sekitar RM1,000 sahaja.
| Bil | Perkara | Kos |
| 1. | Pasport | RM 300 |
| 2. | Tiket Penerbangan | RM 1700 |
| 3. | Yuran Pengajian | RM 2600 (USD 800 setahun) |
| 4. | Sara Hidup (termasuk tempat tinggal) | RM 6000 (setahun) |
|
| Jumlah | RM 10 600 |
Segala kemusykilan atau maklumat lanjut bolehlah terus SMS/hubungi ana di talian 019-6426678 atau email - budakpondok[@]yahoo.com. Kerjasama anda semua ana dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak.
Amin.
Rabu, 2 Jun 2010
Kisah Guru dan Murid
Seorang guru sedang mengajar anak - anak muridnya tentang takbiratul ihram dan cara meletakkan tangan semasa qiam. Tiba - tiba seorang murid bertanya ; "Ustaz, kalau angkat takbir gini (mengangkat tangan separas dada dan meletakkan kedua tanya di atas dada) macam Abang Izat buat boleh tak?"
Si guru lalu menjawab; Tak boleh angkat takbir begitu, tangan kena sentuh cuping telinga dan tangan diletakkan (sederkap) di antara dada dan pusat.
Seorang guru lain sedang mengajar bab solat, juga dalam bab takbiratul ihram dan cara meletakkan tangan semasa qiam. Kemudian si guru mensyarahkan; Jangan letak tangan macam orang sejuk gini (sambil meletakkan tangan di atas dada). Ini sembahyang orang Wahabi..!

Di dalam memilih suatu pendirian, pun kita tidak perlu takut akan dibenci orang lain. Sebab hal itu adalah berdasarkan pandangan kita dan penyelidikan kita. Kita pun bersedia mengubahnya, kalau datang alasan yang kuat membantah pendirian kita. Kalau kita telah berani menentukan pendirian, mengapa kita tidak akan berani mengubah pendirian itu? Bukankah yang jadi pokok segala pendirian ialah perihal menuntut kebenaran?
Ahad, 30 Mei 2010
Selamatkah lisan dan tangan kita..?
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُDari Abdillah bin 'Amr radiAllahu 'anhuma. Dari Nabi Shollallahu 'alayhi wa Sallam bersabda: Seorang muslim adalah seorang yang kaum Muslimin selamat daripada lisannya dan tangannya, dan seorang Muhajir adalah orang yang meninggalkan barang yang dilarang oleh Allah darinya [HR Al-Bukhariy]
Sabtu, 29 Mei 2010
Rilis Tension
Catatan Popular
-
بسم الله, الحمد لله, و الصلاة و السلام على رسول الله, عما بعد, بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْ...
-
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله أما بعد Bila disebut tentang pengajian pondok, apa yang terlintas di fikiran kita? Kebanyakan dari ki...
-
Artikel diambil dari blog ana yang lama dan dipublish semula di sini dengan sedikit perubahan. Beberapa hari lepas, ibu kesayangan ana telah...
-
Alhamdulillah, ana sekarang ni selamat sampai dah di rumah keluarga di Dungun, Terengganu. Sebenarnya dah selamat sampai ke Klia pada 21 Ma...
-
بسم الله, الحمد لله, و الصلاة والسلام على رسول الله, عما بعد, Baru – baru ini, ana mendapat mesej dari seorang sahabat ana di pondok. B...
