بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
أما بعد
Aktivis Sifat 20 ini kelihatan kurang senang dengan mereka yang ingin berpegang kepada Manhaj Salaf dalam beragama. Tanpa segan silu beliau menyifatkan ulama yang menisbahkan diri kepada jalan ini sebagai 'Salafi Jadian'. Adapun ana secara peribadi bukanlah penentang sistem pengajian Sifat 13 / 20 ini. Cumanya bila berbicara, tak perlulah kita bermain dengan sentimen sehingga menolak hujjah dan fakta. Tak perlulah buang (delete) hujjah yang diberikan oleh mereka yang berbeza pendapat. ;)
Oh ya, di sini ana bukanlah nak tunjuk hebat, cuma ingin berkongsi sedikit apa yang sepatutnya dilakukan olehnya jika tidak mampu untuk menjawab atau menolak hujjah orang lain. Mari teliti ini wahai sahabat (khas untuk saudara yang mendelete posting ana dan mendelete ana sebagai rakan di facebook) ;)
Pertama: Senyap
Jika kita tidak mampu untuk menjawab pertanyaan orang, hendaklah kita mendiamkan diri sahaja. Jangan menambahkan dosa dengan mencaci maki orang atau membelit - belit seperti ular. Telitilah hadith Nabi (sollalla hu alaihi wasallam) di bawah;
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت - رواه البخاري ومسلم.Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diadiam.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Adakalanya lebih baik kita berdiam diri daripada berkata - kata yang menunjukkan kebodohan kita sendiri atau lebih teruk menambahkan dosa kita yang sedia ada. Para ulama bukan maksum, adapun memaki mereka dengan gelaran 'Salafi Jadian' adalah satu langkah yang keterlaluan.
Kedua: Berkata 'Allahu a'lam"
Alangkah lebih baik jika beliau berkata "Ana tak tahu" ataupun "Allahu a'lam" atau barang yang semisal dengannya. Imam Abu Jaafar Ahmad bin Muhammad bin Salamah at-Thohawi menulis dalam kitabnya yang menerangkan tentang aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah antaranya menyebut;
ونقول الله أعلم فيما اشتبه علينا علمهKami katakan "Allahu a'lam (Allah lebih mengetahui)" bagi barang yang kesamaran ilmunya atas kami.
Apa salahnya untuk mengaku tidak tahu. Di pondok ana gemar jika sahabat, adik - adik atau para ustaz sendiri bertanya (atau menyoal) tentang hal - hal yang berkaitan dengan agama. Tetapi kebanyakan pertanyaan mereka bukanlah boleh dijawab oleh ana. Ana kebiasaannya menjawab "Allahu a'lam" atau "Ana tak tahu" atau atau yang seumpamanya.. Mudah bukan? Bukankah telah berkata Ibn Mas'ud, "Orang yang memberi fatwa dalam semua soalan yang diajukan kepadanya adalah orang gila". :P
Ketiga: Menggali lagi khazanah ilmu
Ini yang sebaik - baiknya. Jika kita tidak dapat menolak hujjah dari pihak lain, belajarlah lagi. Pesanan ini ditujukan untuk diri ana sendiri juga yang serba dalam kejahilan ini. Kita tak perlu jemu untuk menuntut ilmu terutama ilmu agama suci kita - ISLAM walaupun usia semakin lanjut sekalipun. Semoga ianya menjadi penyebab kita memperoleh syurga sebagaimana yang dijanjikan hadith ini;
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة : قال أبو عيسى هذا حديث حسنDari Abu Hurairah katanya : Telah bersabda Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam): Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.
Berkata Imam At-Tirmiziy, Hadith ini Hasan
Apapun harus ingat, janganlah berniat mendapatkan ilmu ini untuk tujuan yang tidak baik seperti bermegah - megah dan sebagainya. Takutlah kita dengan ancaman sepotong hadith di bawah;
Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyombongkan diri di hadapan alim ulama' atau untuk berdebat dengan orang - orang jahil atau untuk menarik perhatian manusia maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka
Hadith Riwayat At-Tirmiziy , dan kata Tirmiziy; Hadith ini Gharib adapun dihasankan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albany
Allahu a'lam...
Assalamua'laikum akh.
BalasPadamAna teringat Imam Malik pun hanya jawab 4 soalan sahaja daripada 40 soalan yang diajukan kepadanya dalam satu majlis. Lain semua beliau kata beliau berkata tidak tahu jawapannya.
MasyaAllah. Betapa jujurnya dan rendahnya hati Imam Malik. Contoh yang baik untuk kita ikuti insyaAllah.
Selamat menuntut ilmu. :)
Wa 'alaikumussalam syeikh...
BalasPadamImam Malik merupakan antara contoh peribadi yg perlu dicontohi pencinta ilmu zaman sekarang. Zaman kita ni sukar nk cari ulama sebegitu. ;)
Terima kasih untuk ucapannya ya syeikh..! ;)