Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Rabu, 22 September 2010

Ulama yang Bujang & Teh Pudina

Kelmarin (21hb September 2010) seorang sahabat datang ziarah ana kemudian kami keluar bersama. Sempatlah kami makan tengahari bersama di kedai kemudian mencari beberapa keperluan untuk persediaan ana ke Yaman bulan November ini (insya-Allah) termasuk beberapa bahan bacaan penting.

Setelah selesai, kami menuju ke pondok. Mulanya tak dirancang pun untuk ke pondok. Tetapi memandangkan seorang sahabat ana (salah seorang calon mahasiswa yang bakal ke Yaman 26hb ni) memberitahu supaya segera ke pondok untuk mendapatkan sedikit sumbangan, ana pun apa lagi, terus jelah ke pondok. Hehe... adalah rezki untuk ana sebelah malamnya. Alhamdulillah... :D

Malam tadi juga sempat ana tolong taip checklist barang - barang keperluan ke Yaman dan berbincang serba sedikit bersama murabbi kami. Beliau terkejut bila sahabat - sahabat memberitahu yang umur ana sudah 26 tahun. Hehe.. sempat juga beliau memberi petua supaya minum teh yang dicampur dengan daun pudina (نعناع) dan makan nasi yang dimasak dengan kapur untuk mengendurkan nafsu. Hehe...

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah

Beliau sempat juga mencadangkan bila ana berada di Yaman nanti untuk mendapatkan kitab karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah - Al-'Ulama' al-'Uzzab al-Ladhina Atharu al-'Ilm 'ala al-Zawaj yang menceritakan tentang ulama yang tidak berkahwin. Katanya lagi, kalau dah baca kitab tu, memang akan timbul ghairah untuk terus belajar (dan mungkin melupakan hasrat untuk berumah tangga). Huhu... apapun, bernikah itu sunnah Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam)

Insya-Allah, 26 hb ni ana juga akan ke KLIA untuk memberi sokongan moral kepada sahabat - sahabat yang bakal memulakan 'jihad ilmu' sepertimana yang digambarkan oleh hadith di bawah;

عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من خرج في طلب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع. قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب ورواه بعضهم فلم يرفعه

Dari Anas bin Malik katanya: telah bersabda Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam) : Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu seolah - olah ia berada fi sabilillah (orang yang menegakkan agama Allah) sehinggalah ia kembali. Berkata Imam At-Tirmiziy: Hadith ini Hasan Gharib

Wallahu a'lam...

Isnin, 20 September 2010

Jalan lagi...

Kelmarin, ana dan dua sahabat seperti biasa ke hulu ke hilir lagi. Heh.. lebih kurang pukul 9:30 pagi lagi kami sudah memulakan perjalanan menuju ke daerah Kemaman. Sempat juga ziarah ke rumah bekas pelajar pondok kami di kawasan Taman Islam selain tujuan utama untuk ziarah (ataupun beraya :P ) ke kediaman mudir Pondok As-Sirotol Mustaqim, iaitu Ustaz Wan Fakhrulradzi Wan Abdullah. Beliau sempat menyampaikan sedikit wang zakat kepada kami bertiga. Alhamdulillah...
Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula ke pondok untuk mengambil sijil thanawi kami yang telah siap dan diberi sedikit sebanyak penerangan tentang perkara yang berkaitan dengan tempat yang kami bakal pergi nanti (Yaman). Agak sesak juga dada bila memikirkan banyak perkara yang perlu dibereskan. Lebih-lebih lagi bagi ana yang masih 'tak berapa senang nak duduk' (istilahnya). Maklumlah, dana yang terkumpul sekadar cukup untuk tambang penerbangan dan sebahagiannya telah diperbelanjakan untuk barang - barang keperluan seperti alat bantuan belajar dan yang berkaitan. Heh, dalam perbincangan itu juga ustaz yang menguruskan kami ke sana memberitahu bahawa ana perlu bawa ke sana sekurang - kurangnya RM3,000. Haha.. manalah nak dapat duit banyak macam tu. Tapi takpe, ana yakin usaha ini tidak akan disia-siakan oleh Allah subhanahu wa ta'ala.

Pagi ini, insya-Allah kami bertiga akan ke Terengganu pula untuk mengambil borang 'klaim' belanja tiket kapal terbang dan mendapatkan beberapa lagi keperluan untuk ke sana nanti. Nampaknya banyak juga yang terpaksa (lagi) dibelanjakan sebelum berangkat...

Khamis, 16 September 2010

Bukan Senang Nak Senang...

Dua tiga hari ni ana sibuk ke hulu ke hilir dengan dua orang sahabat. Iyalah, Mereka berdua (Nasrullah bin Awang Muda & Muhammad Syamil bin Che Anuad) bakal melanjutkan pengajian ke Yaman. Insya-Allah 26 hb ini akan berlepas ke sana dari KLIA. Alhamdulillah, perbelanjaan untuk mereka ke sana (passport, tiket dll) berjaya ditampung. Apapun untuk urusan pengajian di sana masih bermasalah lagi. Kerana itu kami bertiga sibuk untuk mencari dana untuk pengajian di sana (Sana'a).


Eh, apa kaitannya pula dengan ana ni ye? Hehe, seperti yang ana beritahu sebelum ini, ana juga bakal menyusul mereka untuk melanjutkan pengajian ana di sana (Yaman). Insya-Allah dalam bulan November ini. Tetapi wang yang berjaya ana kumpul tidaklah sebanding apa yang mereka sudah berjaya kumpulkan. Terlintas juga dalam benak, beginikah nasib yang harus mereka yang ingin mendalami ilmu agama yang suci ini hadapi? Tapi bila difikirkan kembali, ana rasa ini hanya sekadar sedikit dari rencah tribulasi untuk mereka yang ingin memperjuangkan agama suci ni. Ana sentiasa berharap supaya hati ini sentiasa istiqamah atas jalan ini.

Biarlah, ana pun takdelah malu sangat untuk minta derma ni. Bukan kerana ana tak punya harga diri, tetapi ana yakin ana meminta - minta bukan untuk kepentingan ana sendiri. Tidak lain ana (kami) meminta untuk memenuhi keperluan ummat Islam yang kian mendesak. Ummat semakin 'rosak' dan 'kerosakan' itu tidak akan dapat diperbaiki tanpa ilmu. Kerana itu ana ketepikan dahulu sifat malu itu. :)

Insya-Allah pagi ini, kami akan bergerak ke kawasan Kuala Terengganu pula. Doakan perjalanan kami dilancarkan dan rezeki kami lebih murah hari ini. Adapun secara peribadi, ana sudah rasa memadai jika dana yang ana berjaya kumpul sekadar cukup belanja untuk pergi dan sedikit belanja untuk tahun pertama di sana. Iyalah, nak buat macamana. Bukan senang nak senang. Di zaman yang penuh fahsya' dan munkar ini bukan mudah orang nak membelanjakan wang untuk jalan-NYA. Satu realiti yang terpaksa ditelan... ;)

Catatan Popular