Perhatian

Blog ini kurang sesuai dilayari dengan Internet Explorer. Sila Gunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome untuk paparan yang terbaik.
‏الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Rabu, 22 September 2010

Ulama yang Bujang & Teh Pudina

Kelmarin (21hb September 2010) seorang sahabat datang ziarah ana kemudian kami keluar bersama. Sempatlah kami makan tengahari bersama di kedai kemudian mencari beberapa keperluan untuk persediaan ana ke Yaman bulan November ini (insya-Allah) termasuk beberapa bahan bacaan penting.

Setelah selesai, kami menuju ke pondok. Mulanya tak dirancang pun untuk ke pondok. Tetapi memandangkan seorang sahabat ana (salah seorang calon mahasiswa yang bakal ke Yaman 26hb ni) memberitahu supaya segera ke pondok untuk mendapatkan sedikit sumbangan, ana pun apa lagi, terus jelah ke pondok. Hehe... adalah rezki untuk ana sebelah malamnya. Alhamdulillah... :D

Malam tadi juga sempat ana tolong taip checklist barang - barang keperluan ke Yaman dan berbincang serba sedikit bersama murabbi kami. Beliau terkejut bila sahabat - sahabat memberitahu yang umur ana sudah 26 tahun. Hehe.. sempat juga beliau memberi petua supaya minum teh yang dicampur dengan daun pudina (نعناع) dan makan nasi yang dimasak dengan kapur untuk mengendurkan nafsu. Hehe...

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah

Beliau sempat juga mencadangkan bila ana berada di Yaman nanti untuk mendapatkan kitab karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah - Al-'Ulama' al-'Uzzab al-Ladhina Atharu al-'Ilm 'ala al-Zawaj yang menceritakan tentang ulama yang tidak berkahwin. Katanya lagi, kalau dah baca kitab tu, memang akan timbul ghairah untuk terus belajar (dan mungkin melupakan hasrat untuk berumah tangga). Huhu... apapun, bernikah itu sunnah Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam)

Insya-Allah, 26 hb ni ana juga akan ke KLIA untuk memberi sokongan moral kepada sahabat - sahabat yang bakal memulakan 'jihad ilmu' sepertimana yang digambarkan oleh hadith di bawah;

عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من خرج في طلب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع. قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب ورواه بعضهم فلم يرفعه

Dari Anas bin Malik katanya: telah bersabda Rasulullah (sollalla hu alaihi wasallam) : Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu seolah - olah ia berada fi sabilillah (orang yang menegakkan agama Allah) sehinggalah ia kembali. Berkata Imam At-Tirmiziy: Hadith ini Hasan Gharib

Wallahu a'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular