Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula ke pondok untuk mengambil sijil thanawi kami yang telah siap dan diberi sedikit sebanyak penerangan tentang perkara yang berkaitan dengan tempat yang kami bakal pergi nanti (Yaman). Agak sesak juga dada bila memikirkan banyak perkara yang perlu dibereskan. Lebih-lebih lagi bagi ana yang masih 'tak berapa senang nak duduk' (istilahnya). Maklumlah, dana yang terkumpul sekadar cukup untuk tambang penerbangan dan sebahagiannya telah diperbelanjakan untuk barang - barang keperluan seperti alat bantuan belajar dan yang berkaitan. Heh, dalam perbincangan itu juga ustaz yang menguruskan kami ke sana memberitahu bahawa ana perlu bawa ke sana sekurang - kurangnya RM3,000. Haha.. manalah nak dapat duit banyak macam tu. Tapi takpe, ana yakin usaha ini tidak akan disia-siakan oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Pagi ini, insya-Allah kami bertiga akan ke Terengganu pula untuk mengambil borang 'klaim' belanja tiket kapal terbang dan mendapatkan beberapa lagi keperluan untuk ke sana nanti. Nampaknya banyak juga yang terpaksa (lagi) dibelanjakan sebelum berangkat...
Rupanya kalau nak balik sini (tahun akhir) baru boleh nak klaim tiket. Terpaksa gi ambil borang lain setelah 'gi mari' antara MAIDAM dan YAyasan Terengganu... Hari yang agak meletihkan... :D
BalasPadam